Telekom Malaysia sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan naik-taraf percuma untuk pengguna Unifi dan Streamyx – membawa kelajuan internet sedia ada kepada setinggi 800Mbps. Lanjutan daripadanya, TM telah menyediakan sebuah halaman khusus untuk membolehkan pengguna menyemak sama ada mereka berpeluang menerima penaik-tarafan berkenaan ataupun tidak – dan bilakah naik-taraf berkenaan akan dilakukan.
Walaubagaimanapun, sejak menawarkan halaman semakan semalam, laman Unifi menghadapi masalah untuk diakses. TM sendiri melalui Twitter mengumumkan sekitar pukul 3 petang semalam yang mana laman mereka tidak dapat diakses kerana tidak dapat menampung pengguna yang tinggi.
Hey everyone, due to the overwhelming response, our website is down for the moment. Don't worry, our engineers are working on getting it back up and running soon!
Hang tight! pic.twitter.com/skRAohgxNr
— unifi (@unifi) July 18, 2018
Kini, lanjutan daripadanya, TM dilihat telah membuang halaman berkenaan – sekaligus membuatkan pengguna tidak lagi boleh membuat semakan. Sebagai alternatif, TM telah mula menghantar emel kepada pengguna-pengguna yang tersenarai untuk menerima naik-taraf berkenaan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak TM akan menerbitkan kembali halaman semakan berkenaan ataupun sebaliknya.
Bagi anda sendiri, adakah anda telah menerima emel daripada pihak TM berkaitan naik-taraf Unifi Turbo ini?