Beberapa bulan lepas, kita sedia mendengar akan mengenai kedai fizikal memfokuskan Android yang akan hadir ke Malaysia. Lanjutan daripadanya, hari ini pihak DiGi mengumumkan hab Android pertama di Malaysia, terletak di Sunway Pyramid.
Dinamakan sebagai MyAndroid, melaluinya DiGi akan menawarkan pelbagai peranti berasaskan Android, disamping menyediakan beberapa bantuan asas berkaitan Android kepada para pelanggan.
DiGi dijangka akan memperkenalkan lebih kurang 6 hab myAndroid menjelang suku pertama 2014 kelak. Untuk menjayakannya, pihak DiGI akan mengubah-suai beberapa kedai DiGi sedia ada, dan sesetengahnya mungkin adalah kedai baru.
Bersama-sama dengan pengenalan hab MyAndroid ini, pihak DiGi juga turut sama memperkenalkan sebuah halaman khas yang berfungsi sebagai halaman setempat untuk rujukan berkaitan Android.