Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1905

Unifi Turbo Dijangka Tawar Peningkatan Kelajuan Internet Sehingga 10x Untuk Pelanggan Sedia Ada

$
0
0

Telekom Malaysia pada minggu ini telah mengumumkan perancangan untuk perkhidmatan jalur-lebar mereka, termasuk mengumumkan yang mana pengguna sedia ada akan dipertingkatkan kelajuan internet mereka melalui Unifi Turbo.

Pihak Telekom Malaysia masih tidak berkongsi lanjut mengenai info untuk Unifi Turbo ini secara rasminya buat masa ini. Namun, menjawab pertanyaan pengguna di media sosial, pihak Telekom Malaysia mengatakan pelan Unifi Turbo akan menawarkan peningkatan kelajuan internet sehingga 10x untuk pelanggan sedia ada tanpa sebarang caj tambahan.

Ini secara tidak langsung memberikan petanda yang mana pengguna pelan sedia ada seperti Unifi 10Mbps mungkin menerima penaik-tarafan sehingga 100Mbps. Ia juga mungkin membawa kelajuan internet Unifi mencapai 1Gbps. Walaubagaimanapun, ini hanya spekulasi awal berdasarkan perkongsian media sosial pihak Telekom Malaysia buat masa ini – dan barangkali mustahil untuk TM menawarkan naik-taraf seumpamanya secara percuma kepada pelanggan sedia ada tanpa sebarang kos tambahan.

Ketika acara media sebelum ini, Telekom Malaysia sekadar mengatakan kelajuan akan dipertingkatkan lebih dua kali ganda. Seperti biasa, kita akan mengetahui lanjut mengenai hal ini pada 12 Julai ini – dimana TM mengatakan akan berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka dalam penawaran perkhidmatan jalur-lebar.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1905

Trending Articles