Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Perkhidmatan Unifi TV Menghadapi Masalah Untuk Diakses

$
0
0

Unifi TV adalah perkhidmatan IPTV daripada Telekom Malaysia yang ditawarkan bersama-sama beberapa pakej jalur-lebar. Terkini, hari ini ia dilihat perkhidmatan berkenaan menghadapi masalah untuk diakses oleh para~pengguna.

Pihak Telekom Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara berkenaan. Ramai pengguna yang menggunakan Unifi TV telah mula melakukan aduan melalui akaun media sosial kepada pihak Telekom Malaysia, tetapi masih tidak menerima balasan yang bersesuaian.

Melalui laporan Lowyat, ia didapati yang mana saluran 100 yang mempertontonkan kesemua saluran Unifi boleh diakses, tetapi pengguna tidak dapat menonton sesuatu saluran spesifik selepas ia dipilih.

Telekom Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan masalah ini buat masa ini.

Kemaskini 3 petang : Pihak Telekom Malaysia mengatakan pembaik-pulihan telah selesai, dan pengguna diminta memulakan semula STB mereka.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889