Digi mempunyai sejumlah pelan pascabayar dibawah mereka, dan salah satu yang popular dilanggan ramai adalah Digi Postpaid 80.
Melalui pelan ini, Digi menawarkan data sebanyak 80GB pada harga RM80 sebulan. Pelan ini juga turut hadir dengan sokongan panggilan suara tanpa had melaluinya.
Menariknya, kini Digi turut menambah penawaran 30GB data percuma untuk YouTube bagi semua pelangaan Digi Postpaid 80. Sekiranya anda melanggan pakej berkenaan, anda sudah boleh melihat penambahan 30GB data percuma untuk YouTube ini pada akaun anda.
Selain daripada itu, pengguna Digi Postpaid 80 turut boleh menambah RM10 sebulan untuk tambahan sehingga 100GB data untuk YouTube, selain 10GB data sepanjang hari (menjadikan 30GB jumlah data bulanan).