Gangguan ke atas perkhidmatan Umobile semalam menimbulkan kemarahan pelanggan kerana ia berlaku tanpa sebarang amaran. Bagi pengguna Celcom, syarikat telekomunikasi ini telah mengumumkan bakal berlaku gangguan ke atas beberapa perkhidmatan pada 20 hingga 21 Mei hadapan. Ini adalah kerana proses menaiktaraf sistem bil mereka.
Pada 20 Mei 8.00 pagi sehingga 21 Mei, 6.00 pagi sistem pembayaran tidak disediakan sementara waktu. Pelanggan digalakkan untuk membuat pembayaran lebih awal bagi mengelakkan gangguan talian. Namun begitu pelanggan prabayar masih boleh membuat transaksi tambah nilai
Pada Isnin, 21 Mei pelanggan pascabayar tidak dapat menerima panggilan dan pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh maksimum 15 minit, di antara pukul 4.00-6.00 pagi. Pelanggan pascabayar yang menggunakan perayauan antarabangsa di luar negara tidak dapat menerima panggilan dan SMS dalam tempoh sehingga empat jam daripada pukul 4.00-8.00 pagi (waktu Malaysia).
Namun begitu, pelanggan di Malaysia dan juga luar negara masih boleh membuat panggilan keluar, menghantar SMS, dan menggunakan data di sepanjang proses naik taraf tersebut.
Diharap dengan pengumuman awal ini pelanggan Celcom dapat melakukan persediaan untuk sebarang masalah yang mungkin berlaku.