Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

TM Bakal Tawar Perkhidmatan Jalur-Lebar Talian Tetap Yang Boleh Dibawa Pindah Dari Satu Rumah Ke Lain

$
0
0

Pada hari ini, menjadi kebiasaan untuk pengguna baru perkhidmatan Streamyx atau Unifi yang tertakluk untuk kontrak langganan selama 24 bulan. Perkara ini sedikit sebanyak membuatkan pengguna baru – terutamanya pengguna muda untuk berkira-kira sebelum mendaftar atau melanggan perkhidmatan jalur-lebar talian tetap daripada TM.

TM sendiri sebagai alternatif menawarkan perkhidmatan Unifi Mobile buat masa ini. Tetapi, bergerak ke hadapan, Telekom Malaysia menyasarkan untuk memperkenalkan sebuah lagi perkhidmatan baru untuk pengguna mereka.

Dipanggil sebagai “Magic Box”, Telekom Malaysia menyasarkan untuk melancarkannya menjelang bulan Julai 2018 ini.

TM akan menyasarkan perkhidmatan baru ini untuk golongan muda, termasuk pelajar dan remaja untuk pakej baru ini – sekaligus mengambil kira permintaan dan apa yang diperlukan mereka. Salah satunya adalah kemudahan untuk membawa pakej jalur-lebar bersama-sama dari satu rumah ke rumah – amat sesuai untuk pelajar dan golongan muda yang mungkin tidak menetap di satu rumah untuk tempoh yang lama. Dengan ciri ini juga, ia sekaligus akan memudahkan pengguna menikmati perkhidmatan panggilan suara, internet dan juga IPTV – tanpa perlu risau akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan lamanya.

Telekom Malaysia sendiri menyasarkan untuk memasarkan perkhidmatan baru ini secara meluas kepada pengguna tempatan selepas ia dilancarkan secara rasminya.

Kita mungkin akan mendengar mengenai penawaran baru Telekom Malaysia ini sekitar bulan Julai kelak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889