Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888

Maxis 4G LTE-A Kini Meliputi 40% Kawasan Berpenduduk Di Malaysia

$
0
0

Selepas persaingan dalam arena pengenalan 4G, seterusnya adalah dimana pelbagai syarikat telekomunikasi bersaing untuk memperluaskan penawaran rangkaian 4G LTE-A, selain melangkah setapak menghampiri rangkaian 5G dalam beberapa tahun akan datang.

Bercakap mengenainya, Maxis baru-baru ini mengumumkan yang mana rangkaian LTE-A mereka kini meliputi lebih 40% daripada kawasan berpenduduk di Malaysia. Menurut Maxis, emlalui rangkaian LTE-A dibawah mereka, ia menawarkan akses internet sepantas lebih 50 kali ganda berbanding purata kelajuan internet mudah-alih di Malaysia.

Selain Maxis, Celcom turut telah memperlihatkan internet yang dipanggil mereka sebagai Lightning Fast LTE dengan kelajuan mencapai 400Mbps.

Mungkinkah selepas ini kita akan melihat pelbagai syarikat lain turut mempertontonkan dan memperluaskan penawaran LTE-A, sekaligus melangkah setapak menghampiri 5G?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888