Digi sebelum ini telah menawarkan akses internet hujung minggu secara percuma untuk pelanggan mereka – membolehkan pengguna menikmati data tambahan secara percuma tanpa sebarang bayaran tambahan pada setiap Sabtu dan Ahad.
Walaubagaimanapun, ia hanya dihadkan untuk rangkaian 4G sahaja – membuatkan ramai pengguna tidak menyukainya kerana sokongan liputan 4G yang terhad dibeberapa kawasan.
Kini, Digi mula membuat perubahan, dan pengguna pascabayar Digi Postpaid 50/80/110 sudah boleh menikmati internet percuma hujung minggu pada mana-mana rangkaian – termasuk EDGE, 3G dan 4G.
Pihak Digi dilihat telah mula menghantar mesej berkenaan perkara ini kepada semua pelanggan mereka, dan ia sudah boleh dinikmati bermula minggu ini.