Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1905

Facebook Mengumumkan OpenCellular – Platform Sambungan Selular Sumber Terbuka

$
0
0

Dengan ramai yang mengakses internet yang mempunyai akaun Facebook, menjadi matlamat pihak Facebook untuk menghubungkan ramai pengguna baru dari negara membangun dan kawasan pedalaman, sekaligus menambah lagi angka pengguna laman sosial berkenaan.

Dalam usaha untuk menjayakan inisiatif tersebut, kini Facebook telah mengumumkan sebuah platform baru yang dinamakan sebagai OpenCellular.

Facebook OpenCellular

OpenCellular merupakan sebuah platform sambungan selular dan akses tanpa wayar yang dibangunkan dalam bentuk sumber terbuka. Melaluinya, Facebook ingin membawa kos membina rangkaian yang selalunya mahal dan sukar menjadi lebih rendah. Melalui OpenCellular, Facebook ingin membangunkan sistem yang meliputi bukan sahaja peralatan untuk membangunkan rangkaian, tetapi juga perisian untuknya.

Facebook OpenCellular

Dengan menawarkannya dalam bentuk sumber terbuka, ia membuka ruangan untuk pelbagai pihak menggunakannya – daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi sehinggalah para pengkaji ataupun individu.

Mark Zuckerberg mengatakan kini terdapat lebih 4 bilion pengguna yang masih belum berhubung ke arena internet, dan melalui penyediaan infrastruktur yang sesuai, ia dijangka akan membantu mengurangkan jurang digital antara pengguna dari tahun ke tahun.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1905

Trending Articles