Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908

Pengguna Perusahaan Di Cyberjaya Boleh Menikmati Rangkaian Internet Sepantas 1Gbps

$
0
0

Dua minggu lepas, kita telah melihat penawaran daripada TIMEdotCom yang menawarkan akses internet sepantas 500Mbps kepada pengguna umum. Disamping itu, kini untuk pengguna perusahaan, Aries Telecoms telah melancarkan Aries Infinity dengan kelajuan sehingga 1Gbps.

ARIES INFINITY

Aries Infinity ini menggunakan rangkaian jalur lebar IPv6, dan menawarkan akses sehingga 1Gbps ini kepada pengguna perusahaan. Disamping itu, ianya hanya terhad untuk bangunan di Cyberjaya sahaja buat masa ini.

Ia dikatakan dengan penawaran kelajuan internet yang lebih pantas, ia akan lebih membantu dalam pembangunan IoT, analisa Big Data, dan pelbagai perkhidmatan IT yang lain.

Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai harga tawarannya, langganan kelajuan data sehingga 1Gbps ini berharga sekitar RM5000 sebulan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908

Trending Articles