Maxis hari ini telah mengumumkan pakej jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka, dan buat pertama kalinya mereka menawarkan ia dengan khidmat sokongan yang dinamakan sebagai Maxperts.
Melalui Maxperts, ia membolehkan para pengguna untuk mendapatkan khidmat pelanggan terbaik – termasuk untuk pemasangan, memastikan anda menikmati perkhidmatan internet yang baik di rumah, termasuk bantuan dari segi penggunaan router, repeater dan sebagainya. Maxperts juga akan menganalisa kawasan rumah untuk memastikan anda mendapatkan liputan menyeluruh di rumah mereka tanpa masalah.
Perkhidmatan pelanggan dan konsultansi Maxperts ini ditawarkan pada harga RM188 kepada mereka yang tidak melanggan pakej MaxisONE Home, dan bagi mereka yang melanggannya, ia adalah percuma.
Dari segi penawaran pakej, MaxisONE Home menawarkan kelajuan bermula 20Mbps pada harga bermula RM170, dan 30Mbps pada harga langgan bermula RM220 sebulan. Pakej 100Mbps pula adalah terhad kepada pelanggan MaxisONE Plan 158 dan keatas, dan MaxisONE Business, dan ia ditawarkan pada langganan RM330 sebulan.