Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Celcom Memperkenalkan Sokongan Pembayaran Google Play Store Melalui Bil Telekomunikasi

$
0
0

Selepas Digi dan Maxis telah memperkenalkan sokongan pembayaran Google Play Store melalui kredit prabayar dan pascabayar, kini tibanya giliran Celcom melakukan perkara sama. Kini, pengguna perkhidmatan Celcom boleh membuat pembelian di Google Play Store menggunakan kredit bil telekomunikasi mereka – sekaligus memudahkan lagi proses pembelian kandungan digital.

Untuk melakukan pembayaran melalui bil telekomunikasi di Google Play Store, ketika pembayaran, tap pada harga, dan pilih Payment Method. Disana, anda akan melihat pilihan pembayaran melalui CelcomPay.

CelcomPay

Daripada percubaan kami, pengguna perlulah mempunyai perkhidmatan langganan data terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

Bagi anda yang menggunakan talian Celcom, sudah boleh mencubanya hari ini pada peranti Android anda, dan tidak lagi perlu risau mencari kad kredit ketika ingin membuat pembayaran.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889