Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Telekom Malaysia Kini Menawarkan PlayStation 4 Pada Harga RM1367

$
0
0

Telekom Malaysia sebelum ini telah menawarkan PlayStation 4 edisi Star Wars pada harga yang sama seperti harga jualan biasa – sekaligus membuatkan ramai yang tidak begitu menyukai penawaran mereka. Hari ini, Telekom Malaysia dilihat hadir dengan promosi baru mereka, menawarkan PlayStation 4 edisi biasa pada harga RM1367.

TM PS4

TM menawarkan PS4 dengan storan 500GB, dan turut hadir dengan langganan PS Plus untuk sebulan.

Telekom Malaysia mengatakan ini hanya terhad untuk pengguna UniFi Advance sahaja, dimana pengguna UniFi Advance boleh membuat langganan ataupun bagi pelanggan sedia ada boleh ke TMpoint untuk membuat pembelian.

Di luar, harga konsol ini adalah RM1549, dan pihak Telekom Malaysia dilihat menawarkannya pada harga sedikit murah berbanding harga jualan rasmi Sony di Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889