Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908

TM Akan Menamatkan Perkhidmatan TM BBPhone Pada 1 Julai 2013

$
0
0

TM BBPhone merupakan salah satu perkhidmatan VoIP daripada Telekom Malaysia yang ditawarkan kepada para pelanggan perniagaan mereka sebelum ini. Kini, dengan beberapa perubahan yang dilakukan oleh TM, mereka turut mengumumkan bakal menamatkan perkhidmatan tersebut pada 1 Julai 2013 ini.

TM BBPhone (Broadband Phone) boleh dikatakan salah satu perkhidmatan yang agak kurang dipromosikan oleh syarikat telekomunikasi tersebut. Dari segi fungsinya, ia menawarkan fungsi seumpama Yes Life, membolehkan pengguna membuat panggilan menggunakan internet, disamping menyediakan aplikasi untuk pelbagai platform, termasuk versi desktop.

Selain TM BBPhone, pihak Telekom Malaysia sendiri mempunyai beberapa perkhidmatan yang lebih kurang sama, termasuk TMgo dan juga perkhidmatan baru yang dalam pembangunan – HyppMe!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908

Trending Articles