Akhir-akhir ini, kita melihat akan iklan daripada syarikat telekomunikasi, masing-masing mengelarkan diri mereka sebagai penyedia dengan liputan paling terluas dan terpantas di Malaysia. Kini, dalam usaha untuk menetapkan piawaian am untuk memudahkan syarikat telekomunikasi – disamping tidak menipu pengguna, Maxis mengajak Celcom dan Digi untuk berdebat dan berbincang mengenainya.
Seperti ramai sedia maklum, syarikat telekomunikasi mempunyai piawaian mereka tersendiri dalam membuat pengukuran – dan ini membawa kepada pengumpulan data-data berbeza oleh setiap syarikat telekomunikasi. Untuk tujuan tersebut, perbincangan mengenai tetapan piawaian teknikal akan membantu dalam perkembangannya di Malaysia.
Maxis sedia berkongsi beberapa statistik rangkaian 4G LTE mereka, disamping baru-baru ini turut telah mula menawarkan sokongan rangkaian LTE-A di beberapa kawasan.
Maxis mengajak Celcom dan Digi untuk menyertai forum terbuka berkenaan 4G yang dijadualkan pada 23 November 2015 kelak.