Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1909

Harga Prabayar Baru (RM10.60) Dikekalkan, Syarikat Telekomunikasi Akan Menambah Masa Berbual & SMS

$
0
0

Selepas pelbagai teka-teki mengenai sama ada harga prabayar akan kekal ataupun dikenakan caj GST – kini @AhmadMaslan melalui akaun Twitter beliau mengumumkan yang mana syarikat telekomunikasi seperti Digi, Celcom, UMobile dan juga Maxis akan mengguna-pakai harga pasaran baru RM10.60 untuk RM10 (dan seterusnya).

Melalui Tweet sama, Ahmad Maslan mengatakan syarikat telekomunikasi bersetuju untuk menambah masa panggilan dan juga SMS sebanyak 6% berbanding kebiasaan.

Timbalan Menteri Kewangan ini mengatakan akan berkongsi lebih maklumat lanjut mengenai hal ini pada petang ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1909