Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1906

Pelan Baru U Mobile : Panggilan Percuma Antara UMobile Hanya Terpakai Selepas Anda Menggunakan Panggilan Percuma Pakej

$
0
0

U Mobile baru-baru ini telah memperkenalkan pelan prabayar dan pascabayar baru, dimana salah satu penawaran yang ditawarkan adalah panggilan percuma selama 30 minit di antara talian U Mobile setiap hari. Penawaran tersebut dilihat mempunyai sedikit kelainan daripada apa yang mungkin dijangka ramai.

Melalui laman Facebook, pihak U Mobile menerangkan yang mana panggilan percuma tersebut hanya akan mula dikira selepas anda menghabiskan penggunaan panggilan percuma yang diberikan pada langganan sesuatu pakej berkenaan.

umobile-umi_01

UMobile Pascabayar

Seperti semua sedia maklum, setiap pakej langganan U Mobile hadir dengan panggilan percuma ke semua talian. Sebagai contoh, UMI20 menawarkan panggilan percuma selama 20 minit sebulan untuk semua talian, dan jika anda membuat panggilan ke rangkaian U Mobile selama 30 minit, bilangan masa akan ditolak daripadanya, sekaligus menghabiskan penggunaan minit panggilan percuma anda.

Perkara ini mungkin sedia dijangka ramai, tetapi sebahagian pengguna mungkin inginkan pengiraan yang berasingan untuk penggunaan panggilan percuma antara talian U Mobile dan juga antara talian lain.

Jadi, jika anda kerap membuat panggilan, adakah anda beralih ke pelan baru, atau kekal menggunakan U Mobile memandangkan mereka menawarkan cas panggilan serendah 10sen/seminit selain daripada penawaran panggilan percuma?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1906

Trending Articles