Digi, salah satu syarikat telekomunikasi utama di Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan penjenmaan baru untuk syarikat mereka, dimana selain daripada logo yang dikemaskini, mereka juga turut hadir dengan beberapa perubahan visi syarikat dalam usaha untuk memberikan nilai yang baik kepada pelanggan mereka.
Dengan penjenamaan baru #digiLetsInspire, pihak Digi turut hadir dengan visi untuk menjadi salah satu syarikat mudah-alih terkemuka di Malaysia dengan penawaran internet untuk semua, perkhidmatan yang disukai pelanggan dan juga perkhidmatan yang lebih efisyen berbanding sebelumnya, serta memberikan impak kepada komuniti.
Digi mengatakan mereka sebelum ini telah menjadi syarikat pertama yang menawarkan Internet Untuk Semua, dan hari ini pengguna boleh kekal berhubung di pelbagai negara selain Malaysia. Melalui pembaharuan ini Digi mengatakan mereka ingin menawarkan akses kandungan internet pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja, membolehkan pengguna kekal berhubung dan menikmati pelbagai kandungan yang memberikan inspirasi kepada mereka.
Seperti semua sedia maklum, dengan perkembangan arena internet pelbagai perkara beralih ke dunia digital, dan Digi dilihat ingin memfokuskan kepadanya – mengatakan mereka ingin menjadi salah satu syarikat yang diminati pelanggan mereka.
Bersama-sama dengan penjenamaan baru #digiLetsInspire, pihak Digi dijangka akan hadir dengan pelbagai penawaran baru dalam bulan-bulan akan datang dalam usaha untuk terus mengekalkan pelanggan mereka, selain turut menambah bilangan pelanggan baru dibawah talian mereka.
Penafian : Advertorial daripada DiGi