Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Selangor Ingin Menyediakan WiFi Berkelajuan Tinggi Yang Meliputi Hampir Keseluruhan Negeri

$
0
0

Selangor WiFiSelangor sedia menyediakan talian WiFi percuma dibeberapa lokasi, tetapi kelajuannya kadang-kala tidak begitu laju, dan berubah-ubah. Hari ini, melalui belanjawan 2015 yang dibentangkan untuk negeri Selangor, salah satu agenda yang turut diumumkan adalah penyediaan WiFi berkelajuan tinggi.

Melaluinya, Selangor bakal menyediakan lebih 2500 hotspot WiFi dengan radius seluas 100 meter, sekaligus membolehkan ia meliputi hampir seluruh negeri Selangor. Ia sekadar diumumkan sebagai WiFi berkelajuan tinggi, tanpa berkongsi mengenai kelajuan yang akan ditawarkan. Selangor ingin menambah-baik penawaran WiFi dengan kelajuan tinggi, sekaligus menyumbang kepada peningkatan ekonomi digital, serta menyumbang kepada kehadiran usahawan baru yang berjaya.

Berdasarkan penggunaan kami untuk untuk WiFi Selangorku ketika pengenalannya dulu, kami berjaya mendapat kelajuan pada kadar 1Mbps – 2Mbps, berdasarkan lokasi, sekaligus memudahkan pelayaran web secara amnya. Tetapi ia seperti kurang beroperasi pada hari ini, dan sukar untuk mengakses web menggunakannya. Mungkin selain penaik-tarafan, kerajaan Selangor turut perlu menyediakan sebuah badan khusus yang memantau kelajuan dan akses untuk perkhidmatan ini dari semasa ke semasa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889