Akhir-akhir ini, boleh dikatakan pelbagai penyedia sistem rangkaian memulakan ujian untuk rangkaian 5G yang dijangka diperkenalkan pada tahun 2020. Kini, sebelum memperkenalkan 5G, pihak Huawei menyasarkan untuk komersialkan teknologi 4.5G menjelang tahun 2016 kelak.
Seperti biasa, melalui teknologi 4.5G ini, ia ingin meneruskan menambah-baik kelajuan rangkaian dan pada masa yang sama mengurangkan kadar kependaman (latency).
Menurut Huawei, melalui rangkaian 4.5G, mereka ingin mengurangkan kadar kependaman dibawah 10ms, disamping meningkatkan kadar muat-turun sehingga mencapai kadar 6Gbps. Ia juga dijangka akan menyokong sambungan rangkaian sehingga 100,000 sambungan dalam jarak satu kilometer – sekaligus memudahkan syarikat telekomunikasi dalam menambah-baik penawaran mereka.
Dengan pengenalan teknologi 4.5G ini kelak, ia akan menjadi salah satu permulaan sebelum hadirnya teknologi 5G menjelang tahun sekitar 2020 kelak.