Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Pengguna P1? Sambungan Rangkaian Anda Mungkin Mengalami Gangguan Dari Malam Ini Ke Petang Esok

$
0
0

Merupakan suatu kebiasaan untuk syarikat telekomunikasi melakukan penyelenggaraan pada perkhidmatan mereka, dan hari ini P1 mengumumkan melalui laman sosial mereka yang mana mereka akan melakukan penyelenggaraan bermula 17 Oktober 9 malam sehingga 18 Oktober 6 petang.

Menurut P1, ketika proses penyelenggaraan ini, pengguna mungkin menghadapi masalah seketika untuk mengakses internet. Proses penyelenggaraan ini mungkin tidak terkesan oleh semua pengguna, tetapi mungkin sebahagian sahaja.

Bagi kami, ia agak sukar untuk difahami mengapa pihak P1 tidak melakukan proses berkenaan pada waktu malam, dan pada masa yang sama mengapa ia mengambil waktu yang sangat lama (sehingga hampir 24 jam) berbanding kebiasaan.

Pihak P1 sekadar mengatakan meminta pengguna memulakan semula modem mereka selepas tempoh tersebut untuk menguji sambungan rangkaian anda.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889