Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1913

SKMM Mengambil Tindakan Mahkamah Terhadap Telegram Dan Dua Saluran Telegram

$
0
0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini mengumumkan mereka mengambil tindakan mahkamah dengan memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu untuk saluran “Edisi Siasat” dan juga “Edisi Khas”. 

SKMM mengatakan kedua-dua saluran ini menyebarkan kandungan yang melanggar akta, dimana berpotensi menghakis kepercayaan orang ramai terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat. Kedua-dua saluran ini sedia dikenali ramai disebabkan oleh perkongsian beberapa uduhan dalaman melibatkan agensi kerajaan, pihak berkuasa, dan juga ahli politik.

Ini kali pertama SKMM dilihat mengambil tindakan terhadap saluran Telegram. Langkah ini dilihat hadir selari keperluan pelesenan media sosial sejak awal tahun 2025 ini. SKMM turut mengatakan langkah ini diambil kerana Telegram gagal untuk menangani kandungan yang berulangkali dilaporkan.

Selari dengan ini juga, SKMM mengatakan pihak Telegram akan diberikan ruang yang sewajarnya dalam mengemukakan pembelaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1913

Latest Images

Trending Articles