Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1913

U Mobile Melupuskan Keseluruhan Saham Pada DNB

$
0
0

U Mobile kini dilihat akan melupuskan keseluruhan sahamnya dalam DNB kepada Maxis, CelcomDigi, YTL dan juga MOF Inc. Langkah ini adalah selari dengan U Mobile yang akan mula membangunkan rangkaian kedua 5G di Malaysia, iaitu alternatif kepada DNB sedia ada.

Sebelum ini, ketika pembentukkan DNB (Digital Nasional Berhad), pelbagai syarikat telekomunikasi diberi ruangan untuk mendapatkan saham padanya. Antaranya adalah termasuk U Mobile, YTL, CelcomDigi, dan juga Maxis. Namun, pada November 2024 lepas, U Mobile berjaya memenangi bidaan untuk membangunkan rangkaian 5G kedua U Mobile di Malaysia.

Selari dengannya, U Mobile juga sedia mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan Huawei dan ZTE sebagai rakan teknologi dalam pembangunan rangkaian 5G kedua ini. Pada awal 2025 yang lepas, U Mobile telah mengatakan mereka akan mengambil masa sekitar 15 bulan ke 18 bulan dalam memperkenalkan rangkaian 5G mereka tersendiri.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1913

Latest Images

Trending Articles