Qualcomm melancarkan modem X85 terkini mereka di MWC Barcelona minggu ini. Moden ini mampu memberikan kelajuan muat turun sehingga 12.5 Gbps dan muat naik sehingga 3.7 Gbps. Ini adalah lebih pantas berbanding modem X80 yang menawarkan kemampuan muat turun 10 Gbps dan muat naik 3.5 Gbps. Modem X80 kini digunakan pada peranti yang menggunakan cip Snapdragon 8 Elite.

Qualcomm X85 direka untuk kegunaan telefon pintar, PC, kenderaan dan bermacam lagi peranti mudah alih yang ingin menyokong rangkaian 5G Advanced dan komunikasi satelit. Modem turut dilengkapi pemproses kecerdasan buatan (AI) tersendiri dengan pemacu tensor yang membolehkan kawalan rangkaian yang lebih naik dinikmati pada peranti yang menggunakannya. Selain itu ia turut mengurangkan masa pendam dan penggunaan sumber tenaga.
Antara syarikat telekomunikasi yang telah menguji X85 ialah China Telecom, China Mobile, China Unicom, Google, KDDI, NTT DOCOMO, T-Mobile, dan Verizon.