Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1905

Yes Mengacah Penawaran Yes Fibre 300Mbps Pada Harga Bermula RM35 Sebulan

$
0
0

Yes merupakan salah satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi mudah-alih di Malaysia. Kini, selain penawaran perkhidmatan mudah-alih, Yes turut mengacah bakal menawarkan perkhidmatan jalur-lebar talian tetap dinamakan Yes Fibre.

Melalui halaman pendaftaran minat yang kini telah aktif, Yes Fibre diperlihatkan akan menawarkan harga langganan bermula RM35 sebulan, dan menawarkan akses internet berkelajuan 300Mbps. Halaman pendaftaran minat tersebut sendiri hanya menyediakan satu pelan Yes Fibre sahaja, iaitu berkelajuan 300Mbps – untuk pengguna individu atau perusahaan.

Daripada tinjauan kasar melalui media sosial, beberapa pengedar telah mula mempromosikan pelan ini. Buat masa ini, promosi oleh pengedar ini dilihat tertumpu di Sabah, dengan menawarkan pelan Yes Fibre 300Mbps ini pada harga RM35 sebulan bersama kontrak 24 bulan untuk waktu terhad. Pelan ini dilihat disenaraikan pada harga RM139 sebulan pada harga tanpa promosi.

Buat masa ini, maklumat berkenaan kawasan liputan dan sebagainya masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut termasuk pelancaran rasminya tidak lama lagi. Sementara itu, bagi anda yang berminat boleh melakukan pendaftaran minat di halaman Yes Fibre hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1905

Trending Articles