YES menerusi kemaskini di Facebook rasmi menyatakan bahawa pas perayauan YesRoam ASEAN Plus kini boleh diakses di Korea Selatan. Penambahan sokongan ini sekali gus melengkapkan 11 negara Asia Tenggara sedia ada iaitu Brunei, Cambodia, China, Hong Kong, Indonesia, Laos, Macau, Filipina, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Dalam masa sama membolehkan pengguna kekal berhubung dengan lancar di seluruh Asia Tenggara pada harga serendah RM10.

Penawaran adalah sama seperti sebelum ini di mana tiga pas perayauan data tanpa had sama ada satu hari dengan data 1GB, tiga hari (data 5GB) serta seminggu (data 10GB) dengan masing-masing berharga RM10, RM20 dan RM30. Kadar kelajuan data internet bagaimanapun akan dikurangkan kepada 512kbps selepas mencapai mana-mana tahap penggunaan berkenaan. Pas ini turut boleh ditempah sehingga 30 hari lebih awal melalui aplikasi dan YES membenarkan pembatalan secara percuma sekurang-kurnagnya 24 jam sebelum pengaktifan dilakukan.