Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888

Lebih 52% Pengguna Kini Dilaporkan Menikmati Akses 5G Di Malaysia

$
0
0

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini berkongsi menyatakan lebih 52% daripada pengguna perkhidmatan telekomunikasi tempatan menikmati akses rangkaian 5G melalui peranti masing-masing. Angka ini boleh dikatakan memperlihatkan peningkatan yang agak drastik, berbanding hanya sekitar 10.8% pada setahun yang lepas.

Kadar liputan rangkaian 5G di Malaysia juga turut telah melangkaui 80%, sekaligus dilihat membuatkan lebih ramai pengguna kini mengaktifkan rangkaian 5G pada peranti masing-masing. Ini juga selari usaha kerajaan dalam memastikan syarikat telekomunikasi membuang caj tambahan khusus untuk mengakses rangkaian 5G, dan kini ditawarkan secara terbina pada pelan telekomunikasi masing-masing.

Pada hari ini, pelbagai syarikat telekomunikasi masih menggunakan infrastruktur dibawah DNB. Peralihan kepada dwi-rangkaian dijangka dilakukan pada masa akan datang, selari pihak U Mobile yang telah menerima kebenaran oleh SKMM untuk pembangunan rangkaian kedua 5G di Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888