Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1911

CelcomDigi Menambah Kuota Data Pelan Postpaid 5G Secara Percuma Bermula Bulan Ini

$
0
0

CelcomDigi, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia baru-baru ini nampaknya telah mula menambahkan kuota data para pelanggan pascabayar mereka bermula 29 Oktober ke 4 November ini ini, yang terdiri daripada lima pelan pascabayar mereka yang diperkenalkan kebelakangan ini.

Pelan-pelan pascabayar yang memperlihatkan penambahan kuota ini termasuklah CelcomDigi Postpaid 5G 40 SE, CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE, CelcomDigi Postpaid 5G 80, CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan CelcomDigi ONE Lite.

Pelan PascabayarKuota Bonus
CelcomDigi Postpaid 5G 40 SE40GB
CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE100GB
CelcomDigi Postpaid 5G 80150GB
CelcomDigi Postpaid 5G 100250GB
CelcomDigi ONE Lite250GB
Sumber: CelcomDigi FAQ

Sebagai contoh, para pelanggan CelcomDigi Postpaid 5G 40 SE memperlihatkan penambahan kuota data dari 60GB (40GB + 20GB percuma di bawah kontrak 48 bulan) dan akan menerima tambahan sebanyak 40GB lagi, dan ini akan memberikan pengguna pelan tersebut sebanyak 100GB data setiap bulan.

Secara ringkasnya, para pelanggan pelan pascabayar Celcom Digi Postpaid 5G akan mula menerima data yang lebih banyak setiap bulan, dan ini termasuklah pelanggan baru dan juga sedia-ada CelcomDigi. Menurut laman FAQ CelcomDigi, tambahan kuota data ini akan mula diperkenalkan sepanjang bulan ini dan semua pelanggan pelan tersebut sepatutnya sudahpun mula menerima SMS daripada syarikat tersebut tentang tambahan ini.

Melalui penerimaan SMS kami sendiri di Amanz, nampaknya kemas kini penambahan ini akan bermula pada 8 November ini sebanyak kira-kira dua kali ganda tanpa sebarang bayaran tambahan. CelcomDigi juga nampaknya tidak menetapkan tarikh tamat tempoh untuk mendapatkan kuota data berganda ini, jadi buat masa ini nampaknya semua pelanggan sedia-ada dan baru akan dapat menikmati ganjaran ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1911