Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1906

Siri Vivo X200 Dilengkapi Sistem SOS Berasaskan Bluetooth Dengan Jarak Komunikasi Sehingga 4KM

$
0
0

Siri Vivo X200 baru sahaja dilancarkan sebentar tadi dengan tiga varian ditawarkan iaitu X200, X200 Pro dan X200 Pro Mini. Ketiga-tiganya hadir dengan satu ciri baharu yang amat berguna dalam situasi kecemasan. Sistem komunikasi kecemasan ini adalah berasaskan sambungan bluetooth sahaja.

Ia dibangunkan oleh Vivo dengan kerjasama MediaTek. Dalam situasi kecemasan tiada rangkaian selular, internet atau sambungan kepada satelit terhalang, sistem ini boleh menghantar mesej SOS bagi mendapatkan bantuan sehingga jarak 4 kilometer.

Dalam situasi terperangkap di dalam runtuhan bangunan misalnya, sistem ini adalah perbezaan antara mendapatkan bantuan ataupun tidak. Mesej teks, lokasi GPS dan juga maklumat mengenai keadaan fizikal tubuh boleh dihantar kepada pihak berkuasa menerusi sistem ini. Vivo telah melakukan ujian dengan agensi bantuan gempa bumi di tiga lokasi di China bagi memastikan sistem ini beroperasi seperti sepatutnya.

Setiap peranti bluetooth di bawah ekosistem OriginOS 5 berkemampuan menjadi stesen geganti menghantar isyarat bluetooth ke peranti seterusnya hinggalah mesej yang dihantar tiba ke pasukan kecemasan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1906

Trending Articles