Dewasa ini capaian internet menjadi satu perkara yang semakin menjadi hak asas dalam kehidupan semua orang. Dengan capaian internet pantas, kualiti hidup sesiapa sahaja dapat dipertingkat, dan ini jelas dapat dipercepat dengan adanya capaian 5G yang lebih terkini dan pantas dari CelcomDigi.

CelcomDigi yang sememangnya terkenal dengan rangkaian terluas dan terpantas di Malaysia, dan konsisten dalam menawarkan capaian yang baik meskipun di kawasan luar bandar, kini baru sahaja melancarkan Skuad 5G yang bertujuan untuk pergi ke lokasi terpilih seluruh Malaysia bagi membolehkan pengguna mencuba sendiri apa yang ditawarkan oleh kelajuan capaian 5G dan mereka juga akan turut serta dalam aktiviti tersebut bagi memantau serta mendapatkan maklumbalas pengguna.
Skuad 5G ini terdiri dari 3 cabang iaitu
- Skuad Rangkaian dianggotai oleh jurutera rangkaian yang bertanggungjawab memastikan capaian tersedia walau dimana jua. Mereka akan turut hadir bersama dalam aktiviti ini.
- Ujian Ekstrim akan dilakukan untuk menguji capaian rangkaian di kawasan yang terpencil dan juga kawasan berpenduduk padat, serta di kawasan bukit-bukau, atau di kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi mencabar.
- Sesi Bersama Pengguna di mana Skuad 5G akan turut serta bertemu pelanggan bagi membincangkan isi berkaitan rangkaian, dan apa yang boleh ditambah baik bagi manfaat semua.

Ujian ini dilakukan bersama-sama barisan kepimpinan CelcomDigi bagi memastikan hasil keputusan diterima secara terus dan juga telus, disusuli dengan perjumpaan bersama-sama komuniti penduduk disekitar kawasan tersebut.

Malah baru-baru ini Skuad 5G bersama barisan kepimpinan tertinggi dari CelcomDigi sendiri telah pergi ke Sekinchan, Selangor bagi bertemu dengan penduduk tempatan dan menguji kebolehcapaian rangkaian 5G di kawasan tersebut. Mereka juga telah pergi ke tempat terpencil di sekitar Taman Rimba Komanwel, Rawang bagi melihat sendiri situasi dan hasil ujian tersebut. Ini sekaligus membuktikan komitmen CelcomDigi bagi membawakan capaian 5G yang terpantas serta meluas di seluruh Malaysia dan hasil dari penggabungan Celcom dan Digi, pengguna kini menikmati kelajuan yang lebih pantas, dengan penstriman tanpa gangguan serta kadar lengah masa yang rendah.

Skuad 5G ini akan ke lokasi terpilih seluruh Malaysia dan anda boleh menyertai aktiviti mereka di lokasi tersebut yang bakal diumumkan tidak lama lagi, bagi merasai sendiri manfaat 5G untuk kehidupan seharian anda. Layari dan ikuti kemaskini dari CelcomDigi di semua saluran bagi memastikan anda tidak terlepas dari perkhidmatan 5G CelcomDigi yang terluas dan terpantas seluruh Malaysia.
- Layari: CelcomDigi di Laman Rasmi CelcomDigi, serta Facebook, Instagram, X (Twitter), TikTok, dan juga YouTube.
Penafian: Advertorial dari CelcomDigi
Baca lanjut di Amanz .