Elon Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam. Acara dilakukan di Bali dengan ia dilihat sebagai usaha Mas Elon untuk cuba memberikan imej beliau serius dalam pelaburan di Indonesia yang juga melihat Tesla akan membuka kilang bateri di negara tersebut.
Dalam sidang media yang dilakukan Musk menekankan kepentingan sambungan internet dengan ia boleh menjadi penyelamat di kawasan terpencil. Degan Indonesia mempunyai lebih daripada 17,000 pulang, isu capaian internet pantas sudah lama berlarutan dan Starlink dilihat sebagai antara penyelesaian yang boleh digunakan.
Serentak dengan pelancaran Starlink di Indonesia, mereka membuka tiga pusat kesihatan dengan sambungan internet satelit. Dua dia Bali dan satu lagi di Aru yang terletak di Maluku. Indonesia dipercayai menjadi pilihan Tesla untuk kilang bateri kereta kerana ia mempunyai antara simpanan logam nikel yang terbesar di dunia serta kos yang rendah berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara.
Baca lanjut di Amanz .