Minggu-minggu kebelakangan ini ialah minggu pelaburan berbilion diumumkan di rantau Asia Tenggara. Selepas Microsoft mengumumkan pelaburan di Indonesia dan Malaysia, Amazon pula mengumumkan pelaburan $9 bilion di Singapura untuk menggandakan infrastruktur perkomputeran awanan dan juga AI di negara tersebut.
Pelaburan akan dilakukan dalam tempoh empat tahun yang sekaligus menggandakan pelaburan Amazon Web Services di Singapura. Pelaburan ini menurut AWS, adalah bagi memenuhi keperluan pelanggan dan memacu penggunaan kecerdasan buatan (AI) di rantau Asia Tenggara. Ia juga dilihat sebagai satu lagi langkah untuk mengurangkan pergantungan kepada China berikut hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat yang semakin tegang.

Pelaburan $9 bilion yang diumumkan Amazon hari ini adalah sebahagian daripada pelaburan bernilai $35 bilion of Amazon di luar Amerika Syarikat. AWS telahpun komited melakukan pelaburan $6 bilion di Malaysia untuk membangunkan infrastruktur AWS Region menjelang 2037.
Hubungan tegang antara Beijing dan Washington menimbulkan ketidakstabilan di rantau Asia Pasifik tetapi pada waktu yang sama ia memberikan kesan positif kepada negara-negara ASEAN khususnya dalam industri AI, perkomputeran awanan dan semikonduktor.
Baca lanjut di Amanz .