Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini mengumumkan kadar penerimagunaan 5G di Malaysia mencapai hampir 36%, setakat pertengahan bulan April 2024 ini. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan positif dengan drastik berbanding sebelum ini yang agak rendah.

Kadar penerimagunaan 5G mula meningkat mendadak selepas baru-baru ini pihak kerajaan mengarahkan akses 5G diberikan percuma kepada semua pelanggan telekomunikasi, tanpa sebarang caj tambahan. Ini sekaligus membolehkan orang ramai mengaktifkan rangkaian 5G pada peranti mereka yang disokong tanpa perlu lakukan bayaran tambahan kepada penyedia perkhidmatan.
Ini turut membawa kepada kadar penggunaan 5G yang terus meningkat dari hari ke hari. Selain kadar penerimagunaan, Menteri Komunikasi turut berkongsi mengatakan kadar liputan perkhidmatan 5G telah mencapai 80.3% kawasan berpenduduk pada Februari 2024 lepas.
Baca lanjut di Amanz .