Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908

Kerajaan Dijangka Mengumumkan Polisi Berkaitan Dwi-Rangkaian 5G Pada Suku Kedua 2024

$
0
0

Kerajaan kini dijangka akan mengumumkan polisi berkaitan pembentukkan dwi-rangkaian 5G pada suku kedua 2024. Jangkaan ini dikongsikan oleh penganalisa Kenanga Investment Bank, dan sekiranya tepat, kita mungkin mendengar lanjut berkaitan entiti rangkaian kedua 5G selain Digital Nasional Berhad, sebelum penghujung Jun 2024 ini.

Sebelum ini, kerajaan sedia mengumumkan perancangan pembentukkan entiti kedua dalam mengoperasi model dwi-rangkaian 5G Malaysia, selepad Digital Nasional Berhad (DNB) mencatatkan kadar liputan 80% di Malaysia.

Pembentukkan entiti kedua ini kelak akan membawa kepada pecahan dua kumpulan, dimana entiti A akan dimiliki oleh DNB – dimana sahamnya dimiliki oleh sejumlah syarikat telekomunikasi. Begitu juga dengan entiti B yang akan turut dimiliki oleh beberapa syarikat telekomunikasi berbeza.

Semua syarikat telekomunikasi berkemungkinan akan kekal menggunakan khidmat rangkaian DNB sementara entiti kedua turut mencapai kadar liputan yang sepatutnya dalam tempoh masa yang akan ditetapkan kelak oleh kerajaan.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan pembentukkan entiti kedua rangkaian 5G di Malaysia ini, dan bagaimana ia bakal membawa kepada persaingan sihat antara semua penyedia telekomunikasi di pasaran.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908

Trending Articles