Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Malaysia Kini Pada Kedudukan Pertama Dalam Skor Ketekalan 5G Global Ookla

$
0
0

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini berkongsi yang mana Ookla kini menganugerahkan Malaysia di kedudukan tempat pertama, untuk Skor Ketekalan 5G pada peringkat global. Skor Malaysia adalah sebanyak 97.27%, mendahului Macedonia Utara pada 94.06% dan Emiriyah Arab Bersatu pada 93.88%.

Fahmi Fadzil di MWC, 📸 : Zahari Razak (Bernama)

Skor ini memperlihatkan pengguna tempatan menerima akses dan penggunaan rangkaian 5G yang tekal atau konsisten sepanjang masa, tanpa perubahan yang jauh. Ookla mengambil-kira skor ini apabila pengguna melakukan semakan kelajuan menggunakan Speedtest, dan mempunyai kadar kelajuan muat-turun minima 25Mbps, serta kadar muat-naik 3Mbps.

Ookla sendiri menyatakan ia lebih mencabar untuk membangunkan rangkaian yang konsisten disemua lokasi dalam sesuatu negara – berbanding membangunkan rangkaian untuk mencapai kadar kelajuan yang tinggi.

Skor terbaru ini adalah berdasarkan kepada tiga bulan berakhir Disember 2023 lepas. Dengan kerajaan membuka akses kepada 5G tanpa caj tambahan baru-baru ini, sama-sama kita nantikan perkembangan dari segi skor pada suku tahunan seterusnya.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889