U Mobile dan CelcomDigi kini mengumumkan kerjasama, dimana kedua-dua pihak akan berkongsi sejumlah 100 tapak MOCN (Multi-Operator Core Network) di seluruh Malaysia. Dengan langkah ini, kedua-dua pihak akan berkongsi sekitar 50 tapak, dan mengukuhkan lagi liputan rangkaian 4G untuk kedua-dua syarikat.

Dibawah kerjasama ini, U Mobile menyasarkan akan terus dapat menambah-baik lagi pengalaman penggunaan rangkaian mereka, disamping turut berkongsi kos operasi serta penyelenggaraan bersama Celcom.
CelcomDigi juga turut menyatakan mereka melihat kepada penawaran rangkaian 4G LTE yang terus ditambah-baik kepada pelanggan, selain akan membolehkan mereka terus melabur pada pembangunan pengalaman digital para pelanggan mereka.
Selain penambah-baikkan rangkaian 4G LTE untuk pelanggan kedua-dua syarikat, kerjasama ini juga turut dijangka menjimatkan kos operasi melalui perkongsian infrastruktur.
Baca lanjut di Amanz .