Maxis dan Huawei hari ini mengadakan percubaan teknologi 5G Advanced atau turut dikenali sebagai 5.5G – sekaligus menjadikannya bukan sahaja pertama di Malaysia, tetapi juga di Asia Tenggara. Melalui ujian 5.5G ini, ia memperlihatkan kelajuan mencapai 8Gbps.

Rangkaian 5.5G kini telah mula diuji di beberapa buah negara, dengan menjanjikan peningkatan kelajuan sehingga 10 kali ganda berbanding dengan rangkaian 5G. Ini sekaligus membolehkan pelbagai perkara dilakukan, termasuk di peringkat industri, atau dikalangan pengguna untuk menstrim kandungan 3D secara langsung selain penggunaan realiti-terimbuh.
Maxis turut menyasarkan penggunaan ini pada peringkat industri, sekaligus membawakan kepada sumbangan ekonomi.

Selari kejayaan ini juga, Maxis turut menyatakan mereka akan turut mempertontonkan kelajuan rangkaian 5.5G ini di Mobile World Congress yang akan berlangsung minggu hadapan di Barcelona, Sepanyol.
Baca lanjut di Amanz .