CelcomDigi kini berkongsi menyatakan mereka telah selesai mengintegrasikan 35% daripada rangkaian mereka pada penghujung 2023 yang lepas. Angka ini dilihat adalah lebih tinggi berbanding sasaran awal hanya 30% sahaja.
Pada masa yang sama, pihak CelcomDigi turut menyatakan mereka telah memodernkan lebih 5,600 tapak setakat Disember 2023 lepas. Melalui langkah ini, ia dikatakan menawarkan kadar kelajuan lebih laju antara 20% dan 26%, selain menawarkan kekuatan rangkaian yang dipertingkatkan antara 13% dan 16%.
Mengikut sasaran awal pihak CelcomDigi, mereka menyasarkan melakukan integrasi sebanyak 30% pada 2023, 40% pada 2024, dan baki 30% pada 2025. Dengan angka dicapai lebih awal, tidak mustahil kita melihat CelcomDigi menyelesaikan proses integrasi rangkaian mereka lebih awal daripada sasaran untuk membentuk satu rangkaian tunggal sahaja.
Baca lanjut di Amanz .