Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Pelbagai Pelan Pascabayar UNI5G – Mana Satu Yang Anda Patut Pilih?

$
0
0

Dalam dunia digital yang serba pantas hari ini, pelan telekomunikasi adalah penting untuk membolehkan kita kekal berhubung antara satu sama lain. Bagi anda yang mementingkan nilai premium dan fleksibiliti, pelan pascabayar adalah pilihan yang lebih baik. Tetapi dengan pelbagai pelan telekomunikasi yang tersedia di pasaran, daripada pakej yang menawarkan kuota data yang banyak sehinggalah kepada pilihan pakej yang mesra bajet, ia sedikit sebanyak membuatkan kita sedikit keliru – “Pelan mana satu yang patut saya pilih?”

Pilihlah Pelan Pascabayar UNI5G

Mengapa anda perlu melanggan pelan daripada Unifi? Baru-baru ini, pihak Ookla®  telah mengiktirafkan Unifi sebagai pemenang bagi syarikat telekomunikasi yang menawarkan pengalaman video mudah alih terbaik di Malaysia untuk tempoh suku pertama, Q1  dan suku kedua, Q2 2023. Jadi, sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk melanggan mana-mana pelan Unifi, kami syorkan untuk anda padankan dengan telefon 5G. Ia akan membantu anda untuk dapat merasakan pengalaman menggunakan rangkaian 5G pada tahap optimum. Tetapi anda tidak perlu risau untuk memilih telefon pintar 5G yang mana satu sesuai untuk anda. Ini kerana pihak Unifi juga turut menawarkan pelan yang membolehkan anda menerima telefon pintar 5G secara percuma.

Beberapa Pelan Pascabayar Baharu UNI5G

Unifi baru sahaja melancarkan beberapa pelan baharu dibawah pelan #Unstoppable iaitu pelan pascabayar untuk seisi keluarga dan juga beberapa pelan untuk kegunaan peribadi. Bagi pelan Pascabayar Keluarga UNI5G, ia sesuai untuk anda yang inginkan sambungan internet yang terbaik bagi seisi keluarga. Antara pakej yang ditawarkan dibawah pelan ini adalah Pascabayar Keluarga 129 UNI5G, Pascabayar Keluarga 159 UNI5G dan Pascabayar Keluarga 189 UNI5G.

Pelan Pascabayar UNI5G Untuk Seisi Keluarga

Bagi Pelan Pascabayar Keluarga 129 UNI5G, anda akan menerima 1 talian utama dan 1 talian tambahan PERCUMA. Manakala bagi Pelan Pascabayar Keluarga 159 UNI5G pula, anda boleh dapatkan 1 talian utama dengan 2 talian tambahan PERCUMA. Jika anda melanggan Pelan Pascabayar Keluarga 189 UNI5G pula, sebanyak 3 talian tambahan PERCUMA akan diberikan dengan 1 talian utama.

Untuk ketiga-tiga pelan ini, panggilan dan data tanpa had untuk rangkaian 5G dan 4G  diberikan untuk talian utama. Manakala talian tambahan pula akan menerima purata data sehingga 30GB, dan data hotspot boleh digunakan daripada kuota data bulanan yang diberikan. Tetapi, jika anda melanggan pelan mudah alih ini bersama pelan internet jalur lebar Unifi, seisi keluarga anda dapat menikmati internet tanpa had untuk rangkaian 5G dan 4G bagi semua talian yang anda langgan. Anda juga akan menerima rebat bulanan sebanyak RM20, dimana RM10 rebat untuk bil jalur lebar Unifi  dan RM10 rebat untuk bil mudah alih Unifi, selagi anda kekal sebagai pelanggan Unifi yang aktif.

Kalau anda adalah pelanggan internet jalur lebar Unifi sedia ada, anda juga boleh menikmati penawaran yang sama jika membeli mana-mana pelan Pascabayar Keluarga UNI5G ini. Bukan sekadar itu, melalui ketiga-tiga pelan ini anda juga boleh menerima telefon pintar 5G secara percuma. Secara ringkasnya pelan ini tawarkan internet 5G dan 4G tanpa had, panggilan tanpa had dan telefon pintar 5G juga adalah percuma. Jika dibandingkan dengan pelan-pelan telekomunikasi lain yang menawaran pelan untuk keluarga, pelan Pascabayar Keluarga UNI5G ini dilihat lebih berbaloi, sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Pelan Pascabayar UNI5G Untuk Individu

Jika anda seorang pelajar atau baru bekerja, anda boleh melanggan pelan Pascabayar 39 UNI5G. Ini kerana ia menawarkan pelan pada harga yang mesra poket dengan kuota data 30GB untuk rangkaian 5G dan 4G. Namun sekiranya anda adalah seorang yang mementingkan nilai dan harga yang berbaloi dilanggan, bolehlah melanggan pelan Pascabayar 69 UNI5G untuk data 5G tanpa had dan Pascabayar 99 UNI5G untuk data 4G dan 5G tanpa had. Ketiga-tiga pelan ini membolehkan anda menggunakan hotspot daripada kuota data yang diberi.

Kesimpulan

Jadi mana satu yang anda perlukan? Secara ringkasnya, jika anda sudah berkeluarga, anda boleh memilih mana-mana pelan daripada pelan Pascabayar Keluarga UNI5G. Pelan-pelan ini menawarkan internet 5G dan 4G tanpa hadpanggilan tanpa had dan telefon pintar 5G percuma. Jika seisi keluarga ingin merasai menggunakan internet laju daripada Unifi pada kadar optimum, boleh padankan pelan keluarga ini bersama pelan jalur lebar Unifi. Apa yang membezakannya hanyalah dari segi talian tambahan yang anda perlukan dan harga langganannya sahaja.

Tetapi jika anda inginkan komitmen bulanan yang rendah atau sedang mempertimbangkan untuk bertukar kepada talian Unifi, anda boleh cuba melanggan pelan asas mereka dahulu. Pelan asas ini adalah Pascabayar 39 UNI5G. Namun sekiranya anda mementingkan nilai melalui kuota yang ditawarkan, anda boleh memilih Pascabayar 69 UNI5G atau Pascabayar 99 UNI5G.  Pelan Pascabayar 69 UNI5G menawarkan internet 5G tanpa had dan telefon pintar percuma. Manakala bagi Pascabayar 99  UNI5G pula, ia berbaloi jika anda ingin rasai kehebatan rangkaian 5G dan 4G daripada Unifi. Telefon pintar percuma juga turut ditawarkan untuk pelan ini.

Malah menurut Unifi juga, jika anda melanggan mana-mana pelan Pascabayar Keluarga UNI5GPascabayar 99 UNI5G atau Pascabayar 69 UNI5G bersama Jalur Lebar Unifi 300Mbps dan ke atas, anda berpeluang untuk menerima rebat sebanyak RM20, selagi anda adalah pengguna aktif Unifi. Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk melanggan pelan mudah alih tetap mereka yang terdiri daripada pelan Pascabayar UNI5G terbaru dengan kuota data 5G dan 4G, telefon 5G percuma dan Jalur Lebar Unifi berkelajuan 100Mbps pada harga bermula RM149 sebulan sahaja.

Jadi, bagi anda yang sedang berkira-kira untuk melanggan pelan pascabayar yang berbaloi, inilah masa yang sesuai untuk bertukar kepada Unifi. Anda bukan sahaja dapat menggunakan internet 5G dan 4G tanpa had, bahkan anda juga dapat merasai seronoknya menggunakan internet daripada Unifi. Ini ditambah pula dengan pengiktirafan sebagai syarikat telekomunikas yang menawarkan pengalaman video mudah alih terbaik di Malaysia, berdasarkan analisa oleh Ookla® terhadap data Speedtest Intelligence® untuk Q1-Q2 2023.


Sertai Peraduan Macam-Macam Gaya Family

Unifi juga sedang mengadakan peraduan untuk kempen pelan ini yang membolehkan anda memenangi beberapa hadiah menarik. Antara apa yang anda perlu buat adalah anda perlu menghasilkan satu video pendek atau gambar di mana-mana hentian bas KL Hop-On Hop-Off, kongsikannya di TikTok atau Instagram anda, dan jangan lupa masukkan #UNI5GFAMILY ke dalam perkongsian tersebut. Jangan lupa juga untuk tetapkan akaun anda kepada tontonan umum. Perkongsian di media sosial yang terbaik akan memberi peluang untuk anda memenangi 1 unit Samsung Galaxy Z Fold5 dan beberapa hadiah yang lain, yang akan dihantarkan pada Januari 2024 kelak. Oleh itu, bertukar kepada Unifi hari ini, dan sertai peraduan Unifi sekarang kerana ia hanya berlangsung sehingga 31 Disember ini sahaja.

Penafian : Advertorial daripada Unifi

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889