Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1903

Rekod Kelajuan Internet Terpantas Dunia Kini 22.9 petabit/s – 22 Kali Ganda Keseluruhan Data Trafik Internet Global

$
0
0

Menurut laporan Ookla awal bulan lalu, kelajuan internet 5G di Malaysia ialah yang ketiga terpantas di dunia dengan ia mencecah purata 485.25 Mbps. Ini ialah kelajuan yang hanya lima tahun lalu dianggap sebagai mustahil. Namun begitu rekod kelajuan internet terpantas dunia kini adalah 47,216,494 kali ganda lebih pantas!

Rekod kembali ke tangan National Institute of Information and Communications Technology (NICT) di Jepun selepas berjaya memindahkan data pada kelajuan 22.9 petabit/s (Pbps). Peningkatan yang amat tinggi berbanding rekod terdahulu 1.84 Pbps milik Technical University of Denmark (DTU) dan Chalmers University of Technology yang dicatatkan tahun lalu. Dengan kelajuan 22.9 Pbps, keseluruhan trafik data internet dunia sekarang (0.997 Pbps) dapat dilakukan lebih 22 kali sesaat.

Jumlah data yang besar ini dipindahkan menerusi kabel dengan 38 teras gentian kaca. Secara teorinya sistem yang sama boleh mencapai kelajuan 24.7 Pbps menerusi pengoptimasian serta mengurangkan kesilapan ketika isyarat dihantar.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1903

Trending Articles