CelcomDigi kini genap menyatukan syarikat untuk setahun, dan selari dengannya, kini mereka mengumumkan pengenalan pelan pascabayar 5G yang baharu untuk para pelanggan baru dan juga sedia ada.
Dibawah pelan baharu ini, semua hadir dengan sokongan rangkaian 5G. Disamping itu, CelcomDigi turut menyertakan sokongan panggilan tanpa had bersama dengannya.

Pelan paling asas adalah CelcomDigi Postpaid 5G 80, dimana ia hadir pada harga langganan RM80 sebulan (RM70 sebulan dengan kontrak). Ia menawarkan akses data sebanyak 90GB, dan kelajuan 5G mencapai 100Mbps.
Ia diikuti oleh penawaran pelan Postpaid 5G 100 yang menawarkan data 150GB, kelajuan 5G mencapai 300Mbps, pada harga RM100 sebulan (RM90 sebulan dengan rebat kontrak).
Pelan tanpa had pula bermula dengan Postpaid 5G 120, pada harga RM120 sebulan (RM110 sebulan dengan rebat), serta penggunaan hotspot dihadkan kepada 20GB sebulan. Ini diikuti dengan pelan Postpaid 5G 140 pada harga RM140 sebulan (RM130 sebulan dengan rebat kontrak), serta penawaran 100GB hotspot. Pelan paling tinggi adalah Postpaid 5G 160 yang menawarkan akses data 5G pada kelajuan 500Mbps, dan kuota hotspot 300GB, pada harga RM160 sebulan (RM150 sebulan dengan rebat kontrak).


Semua pelan juga boleh ditambah dengan sehingga 6 talian keluarga pada harga bermula RM40 sebulan untuk 90GB data atau RM50 sebulan untuk internet tanpa had. CelcomDigi turut hadir dengan pelan khusus untuk peranti pengguna yang lain, dengan penawaran bermula 30GB data talian tambahan pada harga RM40 sebulan.

Menurut CelcomDigi, walaupun pelan ini ditawarkan, mereka masih akan mengekalkan pelan pascabayar sedia ada yang ditawarkan dibawah Celcom dan Digi. Tiada perancangan untuk menamatkan penawaran pelan dibawah kedua-dua jenama berkenaan buat masa ini.
Semua pengguna yang berminat, boleh mendaftar dan melanggan pelan ini bermula 1 Disember 2023 ini.
Baca lanjut di Amanz .