Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini berkongsi menyatakan terdapat 34.98 juta nombor prabayar yang aktif di Malaysia pada hari ini. Ia diikuti oleh nombor 14.45 juta nombor pascabayar yang aktif digunakan pada hari ini.
Angka ini dikongsikan beliau ketika sesi soal jawab melibatkan penggunaan nombor yang dikitar semula di Malaysia. Ia dikatakan, pada awal tahun 2023 ini, sebanyak 8.15 juta nombor yang dalam proses kitar semula menantikan tempoh had sebelum boleh digunakan kembali.

Malaysia mengamalkan sesuatu nombor berkenaan boleh dikitar semula selepas 6 bulan tidak digunakan. Ia adalah tempoh yang agak lama jikalau dibandingkan dengan negara lain seperti Singapura yang kitar semula selepas 90 hari, dan Amerika Syarikat yang melakukannya selepas 45 hari.
Beberapa pengguna juga dilihat tidak selesa dengan penggunaan nombor kitar semula ini. Namun, mengikut data SKMM, hanya 80 aduan sahaja yang diterima setakat ini melibatkan nombor kitar semula.