Intel Capital telah membuat pelaburan sebanyak RM50 juta pada tahun 2008 yang lepas di Green Packet, dan kini ia dilihat mereka telah sedia memfailkan saman ke atas syarikat berkenaan di sebabkan beberapa perkara.
Intel dilaporkan mengatakan Green Packet gagal untuk memenuhi kewajipan mereka dibawah perjanjian POTA (Put Option & Tag-Along). Dibawah perjanjian POTA, Green Packet dikehendaki mendapatkan semua saham Class B P1 berharga 10 sen sekiranya Intel menggunakan haknya untuk mengubah GCEB bernilai RM50 juta.
Kemudiannya, pada November 2012, Intel telah membuat pilihan untuk mengubah bond milik mereka kepada saham Class B ICPS – yang membuatkan mereka memiliki 200,000 saham (preference shares). Seterusnya, melalui hak dibawah POTA, Intel dilihat meminta Green Packet untuk membeli sebanyak 200,000 saham tersebut.
Mahkamah menetapkan tarikh 1 April untuk keputusan berkenaan dengannya.
Apa pun, sekiranya spekulasi akhir-akhir ini berkenaan pengambil-alihan P1 adalah benar, maka tanggungjawab GreenPacket ke atas Intel dilihat akan selesai.