Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Pengguna Internet Di China Menghampiri Angka 1 Bilion Orang

$
0
0

China merupakan salah satu negara yang besar, dan mempunyai angka pengguna internet yang paling tinggi di dunia. Mengikut angka terkini yang dikeluarkan, pada penghujung 2020 yang lepas, China mempunyai sekitar 989 juta pengguna internet di negara berkenaan.

Ini sekaligus memperlihatkan angka yang menghampiri 1 bilion orang. Angka yang tinggi ini turut membawa kepada perkembangan positif arena ekonomi digital di negara tersebut – selain sejumlah perkhidmatan yang mempunyai angka pengguna lebih tinggi berbanding sejumlah aplikasi global yang lain.

Untuk makluman, kadar penembusan internet di kawasan luar bandar di China masih pada kadar 56% – memperlihatkan masih terdapat ramai lagi yang tidak menerima internet, dan mempunyai ruang untuk peningkatan di negara berkenaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889