Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Pakej Pelan Data Pelajar IPT – Ini Adalah Pakej Dari Celcom, Digi, Maxis Dan Unifi

$
0
0

Bersama-sama Bantuan Tunai RM50 untuk Pelajar IPT, KPT kini turut mengumumkan pakej pelan data pelajar IPT, yang menawarkan lebih penjimatan berbanding pakej telekomunikasi biasa.

Dibawah penawaran ini, empat syarikat telekomunikasi mengambil bahagian, iaitu Celcom, Digi, Maxis dan juga Unifi.

Celcom melalui pakej ini hadir dengan apa yang dinamakan Celcom Xpax 35, dimana ia menawarkan pelan data dan panggilan tanpa had, selain hotspot sebanyak 3GB. Pelan ini hadir dengan harga langganan RM35 setiap bulan.

Digi pula hadir dengan tiga pelan berbeza. Yang pertama adalah pakej langganan pada harga RM28 sebulan dengan penawaran kuota data sebanyak 35GB, pelan kedua yang menawarkan perkara sama tetapi dengan kontrak 6 bulan untuk bersama modem.

Pakej ketiga daripada Digi adalah talian prabayar yang menawarkan data sebanyak 40GB pada harga langganan RM35, selain panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Maxis turut hadir dengan penawaran khusus untuk pelajar IPT, dengan menyediakan tiga pelan berbeza. Yang pertama adalah Hotlink Postpaid 40 pada harga langgana RM30 untuk 16GB data, RM40 untuk pakej 16GB dan data sosial tanpa had, dan juga Hotlink Postpaid 60 untuk 30GB pada harga RMM50 sebulan.

Dan akhir sekali, Unifi pula menawarkan pakej Unifi Bebas pada harga RM35 sebulan untuk data tanpa had, atau RM59 sebulan untuk data dan panggilan tanpa had, serta hotspot 10GB LTE.

Daripada pengamatan kasar, beberapa pakej turut ditawarkan secara terbuka kepada semua dan bukannya diskaun pelajar semata-mata. Mungkin beberapa syarikat telekomunikasi ini boleh mengambil langkah proaktif dengan menawarkan lebih diskaun untuk pelajar, dan mengurangkan beban mereka ketika era pembelajaran secara atas-talian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889