Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengatakan akan melihat kepada kemungkinan dalam usaha menyediakan perkhidmatan internet atau rangkaian jalur-lebar secara percuma di institut-institut pengajian tinggi dalam negara.
Menurut Timbalan Menteri KKMM, ia sekaligus akan mengurangkan beban yang ditanggung pelajar untuk melanggan perkhidmatan internet.
Buat masa ini, ia sekadar pendapat awal sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah usaha ini akan direalisasikan sepenuhnya.
Bercakap mengenai penawaran internet, jikalau mengikut pengalaman penulis, kebiasaannya yuran akan dikenakan untuk utiliti yang termasuk penawaran perkhidmatan internet dalam kampus. Selain itu, mungkin terdapat institut pengajian yang tanggungnya sendiri dibawah kos operasinya. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan mengurangkan beban yang ditanggung pelajar dari segi yuran, mahupun kos operasi institut pengajian tersebut sendiri.