Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

SKMM Mula Menyiasat TM Mengenai Penurunan Kadar Muat-Naik Pakej UniFi 500Mbps

$
0
0

Semalam kami ada melaporkan bahawa Telekom Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kesilapan pada bahan promosi mengenai kadar muat-naik pelan internet gentian optik 500Mbps mereka, yang sebenarnya adalah 100Mbps sahaja, dan bukan 200Mbps seperti yang dipromosikan.

Hari ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah mula menyiasat aduan-aduan yang dilaporkan terhadap TM mengenai isu tersebut.

Menurut SKMM, mereka telah menerima aduan daripada ramai pengguna mengenai pakej Unifi tersebut apabila mereka menyedari pengurangan kelajuan muat-naik dari 200Mbps ke 100Mbps sejak 2 September yang lalu.

TM telah mengatakan bahawa kadar awal yang diiklankan adalah satu kesilapan, dan mengubah semua risalah pemasaran mereka ke kadar yang lebih rendah.

Walaupun begitu, pihak SKMM berkata mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut sekiranya ia didapati bahawa TM telah melanggar kepentingan pengguna, ataupun menipu pengguna dengan melalui pengiklanan palsu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889