Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Kerajaan Sedang Dalam Proses Membangunkan 500 Menara Telekomunikasi Di Seluruh Negara

$
0
0

Sambungan internet mudah-alih masih lagi menjadi satu masalah yang besar untuk ramai rakyat Malaysia yang menetap di luar kawasan-kawasan membangun dan pedalaman.

Untuk mengurangkan masalah ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Zahidi Zainul Abidin mengumumkan bahawa bermula suku keempat tahun ini, mereka sedang dalam proses untuk membangunkan 500 menara telekomunikasi di 210 mukim di seluruh negara.

Menurut beliau lagi, 280 daripada menara-menara ini, yang sedang dibangunkan dalam fasa implementasi, akan siap dibina, dan akan mula digunakan untuk memancarkan rangkaian 4G menjelang suku pertama 2021.

Dalam pada itu, 11 stesen pemancar telekomunikasi sedang dinaiktarafkan untuk membolehkannya memancar rangkaian 4G di kawasan-kawasan yang masih belum menerimanya.

Sepanjang 2021 kelak, ia diharap bahawa semua rakyat negara ini boleh mula menikmati sambungan internet mudah-alih yang pantas yang pastinya akan membantu semua orang dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang sosioekonomi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889