Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Rekod Kelajuan Internet Terpantas Dunia Kini 178 Tbps – 2 Juta Kali Ganda Lebih Pantas Berbanding Malaysia

$
0
0

Hari ini kami melaporkan kelajuan purata Internet di Malaysia ialah 81.46 Mbps. Tetapi hari ini penyelidik dari United Kingdom dan Jepun berjaya mencatatkan kelajuan Internet terpantas dunia yang mencecah 178 Tbps. Ini bersamaan dengan 2,185,121 kali ganda lebih pantas berbanding kelajuan Internet purata negara.

Dengan kelajuan adipantas ini, keseluruhan pangkalan data Wikipedia (~200 Tb) boleh dimuat turun dalam masa kurang 2 saat atau 17800 kali ganda lebih pantas berbanding kelajuan teoretikal rangkaian 5G. Kejayaan ini adalah hasil usaha penyelidik dari University College London (UCL), Xtera dan KDDI Research.

Menerusi teknik modulasi cahaya baharu, lebih banyak isyarat dapat dihantar menerusi kabel gentian optik sedia ada. Sebelum ini lebar jalur gentian optik adalah sehingga 9 THz tetapi teknik baharu meningkatkannya ke 16.8 THz. Sekaligus lebih banyak maklumat dapat dihantar dalam masa sesaat.

Menurut penyelidik kelajuan yang adi pantas ini boleh dinikmati menerusi infrastruktur gentian optik semasa dengan hanya menambahkan amplifier setiap 40-100 kilometer. Dengan ini tiada keperluan untuk menggantikan ribuan kilometer gentian optik yang telah dipasang.

Ini ialah kali kedua rekod kelajuan Internet terpantas dunia berjaya dipecahkan. Pada Mei tahun ini pasukan penyelidik dari Australia mencatatkan kelajuan 44.2 Terabit sesaat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889